ceme online terpercaya
Menerusi laman Instagram, komedian dan pelakon, Azrul Zaidi telah berkongsi cerita anak bongsunya yang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) baru-baru ini.
Azrul memuatnaik sekeping gambar anaknya itu, Nur Raudah Batrisyia yang berada di ICU selama 10 hari masih terus mendapatkan rawatan.
Menurutnya, doktor mengambil air tulang belakang anaknya itu untuk mengkaji jangkitan basil yang sudah merebak ke otak.
Klik untuk gambar besar
Status Azrul di Instagramnya itu menerima perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib si kecil itu.
Selepas mendapatkan rawatan dan perhatian daripada doktor di Hospital Serdang, keadaan anak Azrul itu semakin stabil tetapi masih diberi pemantauan doktor dari masa ke semasa.
Katanya, doktor masih menunggu ujian selepas proses mengambil air tulang belakang anaknya itu untuk memilih jenis ubat antibiotik yang sesuai untuk rawatan seterusnya.
www.myartis.com / Sumber: Azrul IG
________________________
No comments:
Post a Comment