bandarq terpercaya
Baru-baru ini, ada segelintir netizen mempertikaikan panggilan 'abah' yang tidak sesuai dipakai oleh pelakon Adam Corrie memandangkan ia berbangsa Cina.
Bagaimanapun, Adam atau penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah, 50, berkata ia sememangnya suka bila bayi yang bakal lahir memanggilnya dengan panggilan tersebut.
Tambah Pelakon filem 'KL Gangster' ini, setiap panggilan nama itu ialah mengikut cita rasa masing-masing.
"Ada yang tanya kenapa 'Abah'... itu bahasa Melayu. Gunakan bahasa Cina untuk panggilan ayah kerana aku orang Cina. Saya suka panggilan abah.
Klik untuk gambar besar
"Orang Melayu pun ramai yang guna daddy, dada, abi, walid yang bukan dari bahasa Melayu. Ikut keselesaan masing-masing," tulis Adam di Twitternya.
Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut berasa hairan dengan segelintir pihak yang menimbulkan perkara tersebut sesuatu isu.
Sebelum ini, Adam ada memuatnaik gambar imbasan wajah bayinya di laman sosial dengan kapsyen panggilan dirinya iaitu abah.
Namun, gambar tersebut telah dipadam selepas mendapatkan pelbagai reaksi daripada netizen.
Pada 9 Mac lalu, Adam mendedahkan ia bakal bergelar seorang bapa selepas 10 tahun penantian. Isterinya, Fazema Mohd Fuad sekarang hamil enam bulan dan dijangka bersalin pada Julai depan.
Adam yang memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 itu erkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 36, pada 2008.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
No comments:
Post a Comment